TIPS BERTUDUNG BAGI WANITA BERKACAMATA
Bagi wanita berkaca Mata mesti ADA masalah Nak pilih tudung...
Tambahan kalau Nak Beli tudung siap sarung atau jenis instant....
Jom lihat…..
Dan mungkin tips ini berguna untuk wanita berkaca Mata yang ingin cantik bergaya DENGAN tudung gaya moden tanpa menjejaskan penampilan sedia ADA...
#1 Analisa Jenis Bentuk Wajah
Tahukah anda jika tersalah pilih frame wajah akan nampak lebih berisi atau makin maskulin (petak)?
Pilih frame yang bertentangan dengan bentuk wajah anda. Jika anda dalam kategori bulat atau tidak mempunyai rahang (jawline) yang jelas, maka frame berpetak lebih sesuai untuk menampakkan wajah lebih bujur dan 'sharp' .
#2 Pilih Kelebaran Frame yang Bersesuaian dengan Lebar Wajah Anda.
Jika terlebih daripada kelebaran wajah, ia akan mengakibatkan tudung nampak 'kembang' . Yang terbaik , pilih tepat-tepat atau terlebih sedikit daripada wajah.
#3 Banyakkan Gaya Loose pada Hijab
Gaya begini dapat 'menyembunyikan' dan mencipta ilusi kurang jelas kepada outline wajah. Selain daripada itu, ia dapat membantu wajah kelihatan kurang berisi jika kacamata anda terlebih lebar.
#4 Pakai kacamata di luar anak tudung.
Cara ini amat membantu untuk mengelakkan wajah nampak lebih berisi atau sindrom 'tudung kembang'. Tetapi gaya ini tak sesuai sekiranya anda mahu beriadah kerana ada kemungkinan cermin mata akan tertanggal atau longgar.
#5 Pilih Temple yang Halus.
Temple yang halus dapat membantu mengurangkan sindrom 'tudung kembang'. Selain daripada itu ia amat selesa untuk pemakaian jangka masa lama apabila diselitkan pada anak tudung.
semoga bermenafaat ya sayang sayang