TIPS TUDUNG BAWAL ON POINT TERBENTUK SEPANJANG HARI
Masalah yang kerap dihadapi peminat tudung bawal terutama tudung bawal material Satin Silk ialah kesukaran untuk kekal terbentuk. Ini kerana materialnya yang lebih nipis berbanding material tudung lain.
Ummi ada kongsikan agar semburkan tudung dengan hijab spray terlebih dahulu untuk mendapatkan tudung yang kekal terbentuk sepanjang majlis. Terbukti lah tips tu berkesan.
Sebenarnya tips menggunakan hijab spray untuk bentukkan tudung juga turut dikongsi oleh ummi di Facebook.Ummi kongsikan juga tip memilih hijab spray yang betul sebab banyak jenis dan bukan semua orang suka terutama baunya.
TIPS PILIH HIJAB SPRAY
#1 Harga Hijab Spray ada yang mahal dan ada yang mampu milik, tapi tak bermaksud hijab spray yang mahal itu berkesan. Jadi ummi nasihatkan untuk beli dan cuba.
#2 Ada pelbagai jenis bau hijab spray. Dulu hijab spray kebanyakkan berbau kuat, menyengat dan busuk. Tak semua orang suka dan tahan dengan bau yang kuat. Tapi sekarang dah banyak hijab spray yang berbau wangi ada di pasaran tetapi harganya semestinya boleh tahan mahal.
#3 Tips paling utama ialah memilih hijab spray jenis EXTRA/STRONG HOLD tak kisah apa jenama sekali pun. Kalau guna selain itu awning tudung yang keras tak akan terbentuk dan awning takkan bertahan lama.
Jangan main-main ya dengan tudung yang tak terbentuk elok. Bagi wanita berhijab kalau tudung
tak terbentuk elok boleh rosakkan
mood sepanjang hari.
Hanya spray beberapa semburan dah boleh nampak kesan dia. Cara yang betul untuk menggunakan hijab spray ialah:
- Laraskan suhu seterika ikut material tudung anda.
- Goncang botol Hijab Spray.
- Sembur Hijab Spray pada jarak 6 hingga 7 inci di bahagian dalam awning tudung.
- Gosok rata guna seterika.
*Aku tak suka sembur hijab spray berlebihan, dan lagi satu untuk mudah untuk tahu tempat yang perlu diseterika ialah bentukkan tudung bawal menjadi segi tiga. spray tengah-tengah awning dibahagian dalam.