NAK PERGI BERCUTI KE TU?
WAH SERONOKNYA…..
TAPI TAK TAU NAK BAWAK TUDUNG APA KE?
_
Pemilihan tudung nak bawa untuk bercuti sangat penting. Bila dah ke luar negeri/negara tu mesti nak ber’ootd’. Pemandangan yang cantik haruslah digabung dengan ootd yang letups!! Baru boleh spam gambar banyak-banyak.
-
-
Berikut adalah
TIPS PEMILIHAN TUDUNG UNTUK TRAVEL
1 . BAWA TUDUNG BAWAL
Selain fabrik yang ringan dan mudah kering, tudung bawal juga paling senang digayakan. Tanpa menggunakan pin yang banyak, tudung bawal masih boleh menutup aurat kepala dan dada anda.
2 . BAWA INSTANT SHAWL ATAU TUDUNG SARUNG
Tudung segera ini sangat membantu disaat saat kecemasan dan saiz yaagak kecil dan boleh digulung membuatkannya mudah dibawa kemana mana terutamanya time beriadah dan membeli barang keperluan.
Elakkan memakai selendang yang perlu diiron semasa bercuti.Material yang mudah renyuk, selendang jenis ini juga memerlukan banyak pin untuk digayakan.
3 . TUDUNG GLAMOUR
Tudung ini nampak seperti jarang digunakan,namun tak salah jika sediakan saja dalam luggage anda.Mana tahu tiba tiba kita akan ketempat mewah yang memerlukan pakaian formal dan menjadikan penampilan anda lebi terserlah!
selamat mencuba
- NURRA -