TIPS PENJAGAAN TUDUNG DENGAN CARA YANG BETUL

TIPS  PENJAGAAN TUDUNG DENGAN CARA YANG BETUL

 

 

 

 

TIPS PENJAGAAN TUDUNG DENGAN CARA YANG BETUL

 

Tips Penjagaan Tudung Yang Perlu Anda Tahu | Tudung merupakan satu aset penting bagi wanita yang berhijab.  Bagi wanita yang hijabista, semestinya anda mempunyai berbagai-bagai jenis tudung dari pelbagai jenama. Pernah tak korang risau bila tudung kesayangan luntur warna atau rosak? Apatah lagi, bila ianya merupakan ‘limited edition’ atau hadiah dari yang tersayang. Sebenarnya ramai yang tak tahu macam mana cara penjagaan tudung. Bila tak tahu jaga, mula la keluar ketidak puasan hati kerana tudung cepat rosak, warna cepat pudar dan sebagainya.

 

 Jom ikut tips ini untuk tahu cara yang betul bagi menjaga tudung.

 

1. Rendam dalam Pelembut Fabrik.

Pertama sekali, gunakan pelembut fabrik. Mana-mana jenis pelembut bergantung kepada kehendak anda. Rendamkan tudung seketika didalam air suam yang telah dicampurkan dengan sabun serta pelembut fabrik. Sabun jenis cecair adalah lebih bagus berbanding serbuk kerana ia lebih lembut pada fabrik. Kemudian, bilas dengan air bersih sehingga tiada kesan sabun dan pelembut fabrik melekat pada tudung.

 

*JANGAN rendam dengan terlalu lama kerana ia boleh merosakkan fabrik. Rendaman selama 15-30 minit sudah cukup.

 

2. Elakkan Cuci Menggunakan Mesin Basuh.

Kebanyakan kain tudung diperbuat daripada fabrik yang lembut. Oleh itu, basuhan tangan adalah lebih selamat berbanding mesin basuh. Ini kerana, menggunakan mesin basuh boleh meregangkan fabrik tersebut.

 

3. Tidak Terdedah Dengan Cahaya Matahari Terik.

Jangan jemur di bawah terik matahari. Tudung yang disidai di bawah cahaya matahari terik akan menyebabkan warnanya menjadi cepat pudar. Jadi, sidai di tempat cahaya yang redup dan tidak terkena direct cahaya matahari. Juga diingatkan supaya jangan biarkan disidai terlalu lama di ampaian.


4. Gosok Dengan Suhu Yang Sesuai.

Terdapat pelbagai jenis tudung dari berlainan jenis fabrik. Jadi anda harus tahu suhu yang sesuai dengan fabrik tersebut. Untuk fabrik jenis chiffon dan ‘silk’, kainnya memang lembut, jadi anda kena lebih berhati-hati menggosok dengan menggunakan suhu yang tidak terlalu panas untuk elakkan tudung terbakar.

 

Lebih bagus jika menggunakan iron stim dengan suhu yang sederhana. Jadi tudung akan susah untuk berkedut semula apabila digayakan.

 

5. Jangan Sental Terlalu Kuat.

Mencuci dengan cara kaedah ramas menggunakan tangan dengan lembut adalah lebih baik. Elakkan menyental dengan terlalu kuat atau menggunakan berus yang kasar.

 

Terutamanya pada fabrik jenis pashmina dan satin. Ini kerana, fabrik tersebut mudah rosak atau berbulu. Jika ada kotoran, rendam tudung dengan sabun selama 15-30 minit dan gunakan berus lembut atau gunakan tangan. Kemudian, gosok perlahan-lahan sehingga kotoran hilang.

 

6. Asingkan dengan Kain atau Pakaian lain.

 

Walaubagaimanapun, jika anda sibuk dan tidak mempunyai masa untuk basuhan tangan. Anda boleh mencuci menggunakan mesin basuh tetapi pastikan gunakan tetapan ‘delicate’. Cuci bersama tudung sahaja dan jangan sesekali mencampurkannya dengan kain atau pakaian lain. Anda juga boleh menggunakan bekas berjaring supaya fabrik tak rosak.

 

*JANGAN sesekali cuci tudung yang mempunyai manik atau perincian seperti labuci menggunakan mesin basuh.

 

7. Simpan dengan Betul.

Simpan tudung di tempat yang kering dan tidak lembab. Jangan simpan di tempat yang panas dan terdedah kepada cahaya matahari. Anda boleh melipat atau guna kaedah gantung menggunakan penyangkut khas, tetapi pastikan mengikut jenis-jenis tertentu. Kalau jenis bawal dan shawl tiada masalah untuk anda melipatnya. tetapi,  sebaiknya gantung tudung yang ada awning untuk elakkan awning tersebut rosak.

 

*TIPS: Gunakan jarum yang tajam semasa menggayakan tudung untuk mengelakkannya berbulu. Lebih baik jika anda menggunakan ‘magnetik’ pin supaya fabrik tidak rosak